Tuesday, 06 May 2008 14:31

KENYATAAN AKHBAR: PISANG KESAL KENYATAAN MUFTI PERLIS

Kami amat kesal dengan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, kerana membuat kenyataan melulu yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang mufti.

Harian Metro keluaran hari Isnin 3 Mei 2008 melapurkan Dr Mohd Asri memperlekehkan kemampuan Professional Islamic Support and Nurture Group (PISANG) dengan menggunakan ungkapan “dua tiga” hari berada di United Kingdom (UK). Kami ingin menegaskan bahawa PISANG bekerjasama dengan Melayu UK yang sudah lama bertapak di UK. PISANG bukanlah badan yang ditubuhkan di Malaysia tetapi ia adalah satu pertubuhan yang sekarang di dalam proses pendaftaran di UK. Saya, selaku Pengerusi PISANG telah menetap di UK selama 32 tahun. Oleh itu kami lebih mengetahui keadaan sebenar dan mampu bergerak secara professional di UK berbanding dengan pengalaman Dr Mohd Asri.

Dr Mohd Asri juga menyatakan yang beliau lebih berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh persatuan Islam yang sudah lama bertapak di UK. Kami cabar Dr Mohd Asri supaya menyatakan nama persatuan Islam yang mengambil berat hal Sufiah Yusof dan apa kenyataan serta tindakan yang mereka ambil. Dr Mohd Asri sepatutnya berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.

Hamidi Abdul Rahman
Pengerusi PISANG
Presiden Melayu UK